Anda mungkin sangat teruja jika dapat melakukan test drive sebuah supercar yang anda idamkan. Seharusnya anda perlu kenali dulu seberapa besarkah kemampuan anda untuk melakukannya kerana jika tidak berhati-hati anda mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti warga China ini. Seorang warga China yang tidak disebutkan namannya telah tercedera ketika melakukan test drive Lamborghini Gallardo Spyder. Semuanya berpunca apabila lelaki tersebut tidak mampu menguasai kereta berkuasa besar itu.
Agak kelakar la pulak bila disiasat ternyata pemandu itu telah menekan pedal minyak sampai habis sehingga kelajuannya menjadi tidak terkawal. Di tambah pulak, rupanya dia tidak berapa faham jalan yang dilalui..... adesssss!
Lebih pelik bila dikatakan bahawa pemandu tersebut telah melanggar beberapa pokok hingga tumbang sebelum berhenti setelah melanggar pembahagi jalan berdekatan kawasan apartment. Pemandu itu tidak mengalami kecederaan yang serius.
Noted : Lamborghini Gallardo Spyder disokong oleh enjin 5.0 liter V10 yang dikahwinkan dengan 6 kelajuan elektro-hidrolik dan dikendalikan oleh transmisi semi-automatik.